Penyokong Sarawak rempuh pagar stadium , berang tiket sudah habis !

PETRA JAYA: Stadium Negeri di sini kecoh dengan kehadiran lebih 1,000 penyokong pasukan bola Sarawak yang hampir merusuh selepas kepenatan menunggu sejak pagi tetapi tiket bagi perlawanan pasukan mereka menentang Sime Darby, esok diumumkan telah habis dijual.
Sebaik FAS memaklumkan bahawa tiket sudah habis dijual, penyokong pasukan Sarawak yang menunggu sejak pagi berang dan bertindak merempuh pagar stadium kira-kira jam 2 petang tadi bagi mendapatkan penjelasan.
Kumpulan penyokong terbabit datang ke stadium seawal 8 pagi untuk mendapatkan tiket berkenaan yang difahamkan akan mula dijual kira-kira jam 2 petang ini.

Penyokong berkumpul di depan pintu masuk stadium menunggu kehadiran pengurusan FAS dan berlaku sedikit kekecohan apabila segelintir penyokong membaling botol minuman.

Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) mengesahkan tiket perlawanan esok, telah habis dijual. - credit Metro