[ info ] Pengeluaran Wang di ATM MEPS janji keselamatan dan memudahkan pengguna !

ATM yang disediakan itu menjanjikan keselamatan serta memudahkan pelanggan,sejak penubuhannya pada 1996, Zulkarnain berkata MEPS telah menjadi penggiat penting dalam sektor perkhidmatan kewangan Malaysia.

Malaysian Electronic Payment System Sdn Bhd (MEPS) memperuntukkan RM60 juta untuk memasang 1,580 mesin juru wang automatik (ATM) bukan bank di seluruh negara dalam tempoh lima tahun,

Menerusi slogan nama 'ATM untuk semua', MEPS menawarkan pelbagai perkhidmatan, daripada pengeluaran wang tunai sehinggalah kepada pertanyaan baki untuk 15 bank tempatan dan asing.

Ia adalah tambahan kepada pengeluaran tunai merentas sempadan dan perkhidmatan e-pembayaran.


Ia juga akan memperkenal pertukaran mata wang untuk pemegang kad asing menjelang suku ketiga tahun depan.