Pencuri pecah masuk rumah siap tolong cuci baju tuan rumah !

Sebuah keluarga di Shanghai yang pulang daripada bercuti pada percutian Minggu Kebangsaan mendapati kediaman mereka dipecah masuk dan pencuri turut mencuri makanan, pakaian serta barang elektronik.
Akhbar Xinmin Evening News melaporkan perkara yang paling mengejutkan keluarga itu ialah pencuri sempat mencuci baju kotor mereka sebelum beredar. Keluarga itu yang bercuti seminggu hingga 3 Oktober lalu mendapati skrin televisyen LED, pakaian dan makanan mereka hilang. 
Terdapat tanda-tanda yang menunjukkan pencuri turut memasak. Si isteri yang dikenali sebagai Zhao terkejut apabila mendapati pakaian suaminya dicuci dan dijemur. Ketika memeriksa kediaman itu, polis menemui sebilah pisau dan dadah yang dipercayai milik suspek.


2 ulasan

pencuri tu balas budi...ganti balik dgn cuci pakaian ala dobi...

tapi x berbaloi dgn nilai tv led...

Reply