Peluang Kelantan menang perlawanan dengan ATM 50 : 50 - Bojan Hodak


KETUA  jurulatih Kelantan, Bojan Hodak menjangkakan perlawanan seimbang ketika pertemuan mereka menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada 18 Oktober ini.
   
"Peluang untuk menang ialah 50:50. Dalam pertemuan kami dengan mereka sebelum ini, kadang-kadang kami menang, kadang-kadang mereka menang. Kesalahan kecil boleh menentukan keputusannya kelak.
 
"Ia merupakan perlawanan sengit, tetapi kami akan bersedia," katanya.
   
Kelantan selaku juara bertahan layak ke separuh akhir setelah mengalahkan Johor Darul Takzim (JDT) 6-1 dalam suku akhir kedua malam tadi untuk menjadikan agregat 8-5.
   
Pada masa yang sama beliau mengharapkan Shakir Shaari dan Nik Shahrul Azim Abdul Halim pulih dari kecederaan menjelang perlawanan dengan ATM.
  
Hodak menyifatkan ATM lebih baik daripada Johor DT dan lebih yakin selepas pernah mengalahkan Lions XII sebelum ini.
   
Beliau berkata tumpuan perlu diberikan kepada penyerang ATM, Marlon Alex James yang kini berada pada tahap terbaiknya - Bernama


1 ulasan:

gomo kelate gomo !! hahaha..dah klik iklan sini dah ^^

Reply