Model Jelita Singapura di bunuh kejam di Pakistan !


Seorang model jelita dan ratu cantik dari Singapura yang hilang di Pakistan ditemui maut dalam sebuah parit di pinggir bandar ini, kata polis kelmarin.

Fehmina Chaudhry, 27, seorang model di Singapura yang berasal dari bandar pelabuhan Pakistan di Karachi, hilang Khamis lalu ketika melawat bandar ini untuk membeli hartanah, kata polis. 

“Polis menahan broker hartanah dan selepas disoal siasat, dia memberitahu pegawai dia membunuh model itu dan membuang mayatnya ke dalam sebatang anak sungai di pinggir bandar ini,” kata jurucakap polis Islamabad, Muhammad Naeem .

“Beliau adalah seorang dermawan yang dedikasi dan merancang menubuhkan sebuah sekolah fesyen di Pakistan,” kata Hashmi menambah bahawa mangsa memenangi beberapa pertandingan ratu cantik.