Lagi dua Pemain Harimau Muda akan di lamar Kelab FC Ryukyu ( Jepun ) !

Kelab Divisyen Tiga Jepun, FC Ryukyu telah menyatakan hasrat untuk mendapatkan khidmat dua pemain muda negara selepas mereka berjaya mengikat Kontrak Wan Zack Haikal dan Nazirul Naim tahun ini .
Perkara itu didedahkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin hari ini.
Begitupun, Hamidin enggan mendedahkan dua pemain terbabit, sebaliknya hanya memberikan bayangan bahawa mereka merupakan pemain dari skuad Harimau Muda A (bawah 23 tahun) atau Harimau Muda B (bawah 21 tahun).
“FC Ryukyu telah melihat dua lagi pemain (Harimau Muda A atau Harimau Muda B) untuk mengikat kontrak dengan kelab itu sebelum dibawa ke Jepun.
“Apa yang pasti, kita (FAM) akan umumkan perkara ini nanti apabila tiba masa yang sesuai,” kata Hamidin pada sidang akhbar Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013 di Wisma FAM, Kelana Jaya hari ini.