Ketua pengganas Sulu Jamalul Kiram III meninggal dunia pagi ini !

Jamalul Kiram ( Tengah )
Ketua kumpulan pengganas Sulu di Filipina, Jamalul Kiram III dilaporkan meninggal dunia awal pagi ini akibat kegagalan fungsi organ.

Berita tersebut disahkan oleh anak perempuannya, Jacel Kiram yang menyatakan, Jamalul, 75, meninggal dunia pada pukul 4.42 pagi tadi di Pusat Jantung Filipina , Jacel berkata, kemungkinan jenazah bapanya akan dibawa pulang ke Jolo, Sulu.