Keputusan tidak rasmi : Tan Sri Isa Samad, Datuk Sri Ali Rustam kalah Naib Presiden UMNO !

Keputusan tidak rasmi sehingga 9 malam ini menunjukkan Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam kalah dalam pemilihan Naib Presiden UMNO hari ini.

Ini berikutan, ketika hanya berbaki 60 bahagian yang belum diperoleh keputusannya, kedua-dua calon itu gagal melepasi undi minimum, iaitu sekurang-kurangnya 96 undi daripada 191 bahagian.
Mohd. Isa dan Mohd Ali masing-masing hanya memperoleh lapan dan tujuh undi setakat ini. 

Jika mereka mendapat undi daripada semua baki 60 bahagian itu, jumlah undi tertinggi mereka hanya 68 dan 67, jauh di bawah 96 undi minimum.

Ketika ini, dua penyandang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berjaya mempertahankan jawatan apabila masing-masing memperoleh 130 dan 119 undi.

Saingan bagi tempat ketiga jawatan Naib Presiden masih terbuka antara Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang kini mendapat 73 undi dan Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir, 57 undi