Kelantan vs Jdtfc lagi 24 jam sebelum sepak mula , Kota Bharu panas !


Menurut laporan media, Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata ia termasuk 100 anggota sukarelawan simpanan polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
Pasukan polis turut dibantu Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).
" Polis akan menggunakan khidmat 500 anggota untuk mengawal keselamatan di Stadium Sultan Muhammad IV sempena perlawanan suku akhir kedua Watsons Piala Malaysia antara Kelantan dan Johor DT"
Perlawanan antara Kelantan menentang Johor DT sering menjadi hangat apabila pertemuan kedua-dua pasukan kerap mengundang isu keselamatan, di kedua-dua belah pihak.
Siaran langsung perlawanan antara Kelantan dan Johor DT akan disiarkan di Astro Arena saluran 801 bermula dengan pra rancangan 8.00 malam , malam esok .


1 ulasan:

Perghh.
Kalah final ni.

Reply