Kelantan selangkah ke Final Piala Malaysia 2013 !

Kelantan selangkah lagi untuk mara ke Final Piala Malaysia 2013 , dalam perlawanan sebentar tadi Kelantan berjaya menewaskan ATM dengan 2-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang .

Kelantan berjaya membawa bekal untuk beraksi di Kota Bharu dengan kelebihan 1 gol , namun mereka juga mempunyai kelebihan gol ditempat lawan , gol-gol Kelantan di jaringkan oleh Kapten terbaik mereka Badri Radzi dan penyerang berbisa mereka Nor Farhan Muhammad.

Namun masih ada 90 minit di Kota Bharu untuk Kelantan memastikan mereka betul-betul layak  ke Final , ATM juga masih mempunyai peluang selagi belum tamat 90 minit di Kota Bharu.

Walaupun berbagai isu mengenai Stadium yang mana pada mulanya Stadium Shah Alam akan di gunakan untuk Perlawanan ini , namun di saat Akhir Pasukan ATM menukar semula vanue  mereka ke Home Mereka di Selayang , ini sedikit pun tidak menjejas kan anak didik Bojan Hodak .

Para penyokong The Red Warriors sebagai pemain ke12 sentiasa bersama di mana sahaja pasukan mereka berkasi walaupun Stadium Selayang hanya mempunyai 16000 penonton sahaja , mereka tetap  memenuhai segenap pelusuk stadium bagi memberi sokongan yang tidak berbelah bagi pada pasukan mereka , Tahniah The Red Warrios .