[ info ] Hafizh Syahrin beraksi atas tiket wildcard di Moto GP Valencia Nov ini !

Pelumba muda negara, Hafizh Syahrin Abdullah dipilih untuk mengisi slot wildcard dalam kategori Moto2 pada perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Valencia, Sepanyol dari 8 hingga 10 November ini.
Penyertaan dalam saingan itu adalah wildcard keempat bagi pelumba pasukan Petronas Raceline Malaysia itu, tahun ini.
Selaku pelumba wildcard, Hafizh Syahrin, 19, menampilkan prestasi terpuji dalam tiga perlumbaan sebelum ini, iaitu pada MotoGP Perancis di Litar LeMans, MotoGP Sepanyol di Litar Catalunya dan MotoGP Malaysia di Litar Sepang.
Sepanjang tiga penyertaan wildcard itu, beliau mencatat keputusan memberangsangkan dengan menamatkan perlumbaan pada kedudukan ke-22 di LeMans, Catalunya (18) dan Malaysia (16).
"Pada masa ini, saya hanya memberi tumpuan untuk merebut gelaran di Kejuaraan Sepanyol dan pada masa sama mahu mencatat keputusan terbaik di Valencia (MotoGP) minggu depan.
Penampilan Hafizh Syahrin pada saingan MotoGP semusim penuh pada tahun depan menjadi perbualan hangat selepas mengukir kejayaan terutama pada perlumbaan CEV-Repsol di Sepanyol, tahun ini.


1 ulasan:

malaysia boleh , hafiz juga boleh !
done klik ...

Reply