GST mungkin tak dilaksanakan pada Bajet 2014 - Datuk Ahmad Maslan

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan membayangkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak akan dilaksanakan pada Bajet 2014. 

Beliau berkata, kerajaan pada dasarnya bersetuju melaksanakan GST, namun masih belum memutuskan bila dan berapa kadar peratusan cukai yang akan dikenakan pada peringkat awal pelaksanaannya. 

Katanya GST adalah sistem cukai yang lebih adil dan cekap berbanding sistem dua cukai ketika ini, iaitu cukai jualan dan cukai perkhidmatan. "Kita nak satukan (kepada GST) supaya lebih cekap dan berkesan," katanya.

Beliau berkata berdasarkan sistem cukai yang telah dilaksanakan di 160 negara itu, kadar cukai adalah lebih rendah daripada 16 peratus yang dikenakan sekarang (cukai jualan 10 peratus dan cukai perkhidmatan 6 peratus). 


1 ulasan:

kita tunggu dan lihat nanti bagaimana pembentangannya...

Reply