Gambar terkini wanita mangsa tembak di Cabang Empat Binjai Kota Bharu !


Mangsa dalam kes tembakan dihadapan Balai Polis Binjai Kota Bharu petang semalam berada di dalam keadaan stabil setelah menerima rawatan di Hospital HUSM Kubang Kerian .

Mangsa yang di kenali dengan nama Nurul Atikah 22 tahun di tembak ketika memandu kereta di persimpangan chabang empat Binjai berhampiran Balai Polis Binjai Kota Bharu pada pukul 06.40 petang semalam .

Mangsa mengalami kecederaan pada hidung dan pergelangan tangan kesan dari tembakan tersebut , kejadian tersebut hampir-hampir meragut nyawa mangsa , mangsa kini dalam keadaan terkejut dan troma dengan apa yang berlaku , motif kejadian dalam siasatan pihak berkuasa .