Gambar terkini Norfarhan Muhammad dan keluarganya !

Norfarahan @ Ben 10 

Ateem , mama dan A'a 

Paan dan A'a

A'a dan Abg Ateem

Norfarhan Muhammad tidak perlu diperkenalkan lagi , lebih mesra dengan panggilan Paan atau nama popular di kalangan peminat Bolasepak Kelantan adalah Ben 10 , yang mana jersi keramat yang di pakai oleh Farhan adalah No 10 .

Farhan kini baru sahaja menimang cahaya mata ke dua beliau yang bernama Muhammad Adharedza yang kini berusia 3 bulan , anak kedua mereka ini lelaki , Anak Farhan yang sulung juga lelaki , Farhan banyak menghabiskan masa bersama isteri tercinta Nan Syuhaida serta anak-anak jika mempunyai kelapangan masa.

Farhan adalah tonggak utama Pasukan Bolasepak Kelantan , banyak  membantu pasukan dalam memburu setiap kejuaraan yang disertai The Red Warriors.

Diharap untuk musim hadapan Farhan masih kekal bersama The Red Warriors  itu adalah harapan peminat Bolasepak Kelantan , Farhan akan turun membantu Kelantan untuk suku akhir kedua Piala Malaysia sabtu ini menentang Johor Darul Takzim , Selamat Maju Jaya Farhan dan rakan-rakan .