Gambar Raja Azmi dan Eddie CRK selamat di ijabkabul kan !


Pengarah Raja Azmi selamat di ijabkabulkan dengan pasangan nya Eddie CRK pada pukul 9.30 malam tadi , Majlis berlangsung di Taman Beringin Istana Budaya .

Dengan sekali lafaz mereka sah menjadi suami isteri , mereka di nikahkan dengan mas khawin Rm300 berwalikan abang sulung Raja Azmi iaitu Raja Azman .


Pihak pengatin lelaki membawa satu dulang hantaran mengandungi Al-Quran dan gelang tangan emas putih , manakala pihak pengantin perempuan membalas 3 dulang hantaran yang terdiri daripada Coklat , cookies dan jeli.

Majlis meriah dengan kehadiran 800 orang tetamu jemputan , Selamat Pengatin Baru untuk Raja Azmi dan Eddie semoga kekal hingga akhir hayat.