Gambar Predator Malaysia , wow hebat !

Sehari dua lalu heboh di laman sosial bahawa Predator satu watak dalam filem aksi sains fiksyen Hollywood telah berada di Malaysia , Predator tersebut telah menunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Suzuki B-King GSX1300 dan telah hadir di Balai Polis Subang Jaya 1 Oktober lalu .

Namun misteri disebalik Predator tersebut terjawab , orang di sebalik sut predator tersebut adalah Presiden Gabungan Persatuan Pengamal Perubatan Malaysia (MPCAM) Dr Jim Loi Duan Kong mengenai tindakannya memakai sut daripada filem aksi sains fiksyen Predator memasuki Balai Polis Subang Jaya 1 Oktober lalu.



“Saya pergi ke sana untuk membuat laporan polis berkenaan kes penjualan sijil sakit (MC) palsu di Facebook, tetapi tidak sangka sebaik memasuki balai, sut filem aksi sains fiksyen Amerika Syarikat itu menjadi tumpuan polis yang bertugas.

“Selesai membuat laporan, mereka minta saya pakai semula topi keledar yang direka mengikut kepala Predator sebelum mengambil gambar bersama motosikal dan memuat naik di Internet tanpa pengetahuan saya,” katanya ketika ditemui di kliniknya, di sini, semalam.


Set Predator tersebut bernilai RM85,000 ditempah khas oleh Dr Jim ,  “Saya pakai begitu sebab utamakan keselamatan, bukannya mahu mencari glamor,” kata Dr Jim.