[ Gambar ] Peluru tersekat di kerongkong budak 10 tahun di keluarkan !


Mohd Amar Mohd Azizi, 10, kanak-kanak yang parah terkena peluru sesat seorang anggota polis di Kampung Belanja Kiri, Parit, dekat sini, 14 Oktober lalu selamat menjalani pembedahan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini, pagi tadi.


Bapanya, Mohd Azizi Abdullah Halim mengesahkan anak lelakinya itu dibawa masuk ke bilik pembedahan pada jam 9 pagi tadi dan dilaporkan keadaan anaknya stabil , semoga adik Mohd Amar cepat sembuh dan boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa .