Gambar Diana dan Shafiz anak Muhammad Shah Abdullah yang hilang !


Jom kita adakan misi besar-besaran di laman Sosial menjejak adik Diana dan Shafiz , semoga adik Diana dan Shafiz di jumpai semula dan dapat berjumpa dengan kelurga mereka sempena Hari Raya Aidiladha yang mulia ini.

Turutan Kisah kehilangan anak En.Muhammad Shah :


Kisah berlaku apabila Muhammad Shah dan Isteri ke Kuala Lumpur pada 13 Jun lalu bertujuan untuk menguruskan pertukaran bin dan binti pada surat beranak anak mereka Muhammad Shafiz dan Nordiana , ini kerana pada masa itu anak-anak kecil Muhammad Shah tidak punyai Kad Pengenalan kerana Muhammad Shah di besarkan dirumah anak yatim semasa kecil.

Muhammad shah dan isteri membawa kelima-lima anak mereka ke Kuala Lumpur , pada hari kejadian 13 Jun Shafiz dan Nordiana Hilang , Muhammad shah telah menyuruh kedua-dua anak mereka ke sebuah kedai serbaneka untuk membeli lampin pakai buang di Jalan Ipoh Kuala Lumpur bersebelahan Hotel yang mereka tinggal , namun selepas sepuluh minit Shafiz dan Diana tidak muncul , lama menunggu tiada juga kelibat dua beradik tersebut.

Muhammad kemudian membuat laporan Polis di Balai Polis Daerah  Sentul , segala cctv hotel dan kedai serbaneka itu menunjukan Shafiz dan Diana keluar Hotel dan memasuki kedai serbaneka tersebut , namun ketika mereka keluar dari kedai serbaneka tersebut CCTV tidak dapat merakam gambar Shafiz dan Diana .

Mereka terus hilang berbagai cara telah dilakukan termasuk menampal poster di sekitar Kuala Lumpur , namun gagal , oleh yang demikain Muhammad Shah nmegambil keputusan sendiri untuk mencari anak mereka di sekitar Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria berkata kes ini masih di siasat jika di dapati ada individu melarikan mereka dari penjaga sah jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara 7 tahun .

Untuk maklumat lanjut boleh ke Facebook Penggerak Net bagi memdapat maklumat mengenai adik Diana dan Shafiz . https://www.facebook.com/penggerak.net?filter=3


6 ulasan

alhamdulillah...menerusi fb penggerak malaysia, anak2 ini telah ditemui semula. ada di jkm rupanya. alhamdulillah. syukur.

Reply

Series ke dah berjumpa?? Kalau betol sy lah org yg paling gembira..alhamdukillah

Reply

Alhamdullah klau dh jumpa..1st baca kisah ni dlm metro mmg sy nangis..sedih sgt..berdoa slps smbyg minta allah pertemukan anak2 kecil ni dgn ibu bapa mereka..syukur ya allah...

Reply
Anonymous mod

klu dah berjumpa Alhamdulillah..aku antara org yg paling sebak membaca kisah ni..jatuh air mata jantan aku klu melibatkan anak2 ni..

Reply
Anonymous mod

lagi yg menyebabkan aku sgt sedih ialah anaknya memakai jersi TRW..x tahu kenapa..

Reply

Dh jumpa katanya di ipoh minta derma..skang bwh jagaan jkm bersama isteri dia..tp abg ni masih lg merayau dgn anak dia 2org..skang mnumpang di surau kt umah sy kelana idaman..x pasti kenapa diorg xbersatu duduk skali bersama isteri dan ank yg hilang 2org tu..

Reply