[ Gambar ] Calon PAS dan BN pilihanraya kecil Sungai Limau 4 November ini !

Ketua Pemuda PAS Jerai, Mohd Azam Abdul Samat, dinamakan sebagai calon parti itu untuk pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada malam Isnin.
Mohd Azam, 37, dari Taman Markisa di Guar Chempedak di sini, dikatakan merupakan 'pengikut politik' bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Limau, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.
Beliau yang juga seorang pendidik akan ditentang calon BN, bekas Pensyarah Kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Oktober sebagai tarikh penamaan calon manakala 4 November sebagai tarikh mengundi.