Gambar Boot Ben 10 dan Piya 16 membawa tuah untuk Nor Farhan dan Badri Radzi !

Boot Ben 10
Boot adalah amat penting bagi seorang pemain bolasepak , boot juga hendaklah menepati apa yang pemain inginkan dari segi keselesaan untuk memakainya disetiap perlawanan yang disertai.

Begitu lah juga bagi Nor Farhan Mohammad pemain terbaik perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di antara Kelantan dan Johor Darul Malam tadi .

Dalam perlawnan tersebut Farhan meledak dua gol bagi membantu Kelantan membenam JDT 6-1 di Kota Bharu Malam tadi.

Boot Farhan yang diberi nama Ben 10 berjaya membawa tuah , yang mana boot tersebut di khas kan untuk Farhan bagi aksi malam tadi diperlawanan Kelantan dan JDT.
Piya 16
Manakala bagi Kapten terbaik Bolasepak Kelantan Mohd Badri Radzi , boot juga memainkan peranan yang penting untuk sesuatu perlawanan yang beliau sertai , boot di anggap senjata penting bagi seorang pemain bola sepak dalam membantu beraksi dengan lebih baik.

Boot Badri Radzi yang diberi nama Piya 16 juga berjaya membantu Badri untuk menjaringkan gol dalam perlawanan malam tadi .

Tahniah diucapakan untuk Norfarhan , Badri Radzi , Indra , Obbina dan Dickson serta seluruh pemain dan pihak pengurusan The Red Warriors yang membawa The Red Warriors ke separuh Akhir Piala Malaysia 2013.