Gambar Angelin Teh dan suami yang terbunuh nahas pesawat di Laos !


Angelin, 24, dan suaminya yang berkerakyatan Amerika Syarikat, dalam perjalanan dari Vientiane ke Pakse apabila pesawat itu terhempas ke dalam Sungai Mekong ketika cuaca buruk. Pasangan itu antara 49 yang terkorban.

Keluarga Angelin Teh yang disahkan maut dalam nahas pesawat di selatan Laos kelmarin, akan terbang ke negara itu lewat hari ini bagi urusan pengecaman dan membawa balik mayat.

Jurucakap keluarga yang enggan namanya disiarkan, berkata mereka akan berada di Laos sehingga mayat Angelin dan suaminya Joel Babcock ditemui untuk dibawa pulang ke Pulau Pinang.

"Kami dalam keadaan sedih dan saya mewakili keluarga Angelin tidak ada apa-apa untuk dikatakan kerana sehingga kini mayat beliau dan suami masih belum ditemui," kata wanita itu yang mengaku ibu saudara Angelin, ketika dihubungi di sini hari ini.




4 ulasan

ada terdengar berita pagi tadi juga...

Reply

Kesiannya.. Muda lagi tuu.. Huhuhuuu.

Reply

Takziah Kepada keluarga mereka.
Visit kejayaanmuda.blogspot!

Reply