Flat Pekeliling berusia 46 tahun akan dirobohkan sebelum hujung tahun 2013 !


Flat perkeliling adalah flat yang terawal dibina di Kuala Lumpur bagi menetapkan para penduduk dibandar besar ini suatu ketika dahulu , flat yang berusia 46 tahun itu bagaimana telah dibiarkan kosong sejak 31 Disember 2008 selepas penduduk diarahkan berpindah.

Namun Pada 1995, kerajaan mengambil keputusan untuk membangunkan semula kawasan flat ini sebagai sebahagian daripada program pembaharuan bandaraya dengan membersihkan kawasan-kawasan lama dan usang.


Pejabat Datuk Bandar sering menjadi perhatian berhubung flat ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerana tidak dapat menyelesaikan masalah perobohan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib ketika dihubungi berkata soal keselamatan menjadi kebimbangan paling utama.

Ditanya sama ada letupan akan dilakukan untuk merobohkan bangunan, beliau berkata: Kerja meroboh menggunakan kren bermula dari atas ke bawah akan dilakukan terhadap bangunan 17 tingkat itu. Tiada letupan akan dilakukan.