Ekoran harga rokok semakin mahal , perompak dekad larikan Van rokok !


Dua pekerja sebuah syarikat rokok berhadapan detik-detik mencemaskan apabila mereka disamun ketika menurunkan stok rokok di sebuah restoran di Pekan Razaki di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu, mangsa, Zulkefley Darus, 35, dan rakannya yang dikenali sebagai Yusof, 30, berada di belakang restoran berkenaan sebelum mereka dihampiri tiga lelaki menaiki kereta jenis Proton Perdana dan Toyota Alphard.

Katanya, dia kemudian bergelut dengan lelaki terbabit dan dapat meloloskan diri sebelum bertindak melarikan diri sambil menjerit meminta pertolongan.

Menurut Zulkefley, menyedari orang awam mula melihat insiden tersebut, kumpulan penjenayah itu berhenti mengejarnya dan berpatah balik ke arah van lalu menolak Yusof ke dalam van sebelum melarikan kenderaan tersebut.

Sementara itu katanya, Yusof ditinggalkan kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian bersama kenderaan tersebut manakala semua rokok, wang tunai hasil jualan dan telefon bimbit dilarikan penyamun terbabit.


1 ulasan: