[ Dunia ] 5 Gambar gempa bumi gegar Aceh , 435 rumah rosak seorang maut !

Sekurang-kurangnya 435 bangunan termasuk rumah dan bangunan kemudahan awam rosak akibat gempa bumi berkekuatan 5.6 pada skala Richter menggegarkan Aceh semalam.

Rumah yang rosak akibat gempa tersebut : 




Gegaran kuat gempa bumi selama lapan hingga 10 saat itu yang dirasakan di beberapa daerah dan bandar di Aceh, menyebabkan penduduk cemas dan keluar bertempiaran dari rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri.

Pusat gempa di daratan yang berkedalaman 10km itu, ialah di 16km ke Barat Daya daerah Aceh Besar atau 32km ke Tenggara Kota Banda Aceh.

Seorang penduduk bernama Pidie meninggal dunia akibat serangan jantung, tiga cedera, manakala  368 rumah, sembilan masjid, 13 sekolah, dua jambatan serta tiga pejabat kerajaan rosak teruk akibat dari gempa itu .






3 ulasan

Kena lg..
Naseb xdek tsunami kali ni.

Reply

Semoga Allah selamatkan mereka.

Reply

hanya 10 saat , dah jadi teruk camtu ... subhanallah ! Kat m'sia ni blum ada gempa bumi , jgnlah berperang sesama sendiri ...

Reply