Boy Nazrie mohon maaf kepada pengadil dan Indra Putra !


Ini lah akibat jika terlalu fanatik benda yang tak sepatutnya buat di buat namun menganggap benda tersebut suka-suka atau gurauan padan hal benda tersebut di pandang serius dari pihak -pihak tertentu ini lah akibat nya.

Ikuti permohonan Maaf Boy Nazrie berikutan status di facebook nya yang hangat diperkatakan
“Saya memohon maaf kepada pengadil dan Indra Putra (Mahayuddin, penyerang pasukan bola sepak Kelantan), memang saya silap, saya mengaku dan ia pengajaran buat saya.
“Sedangkan lipas pun saya tak berani bunuh, inikan pula bagi mendapatkan khidmat pembunuh upahan, status yang dihantar dalam laman sosial Facebook (FB) itu hanya gurauan tanpa sebarang niat,” kata pengguna FB yang menggunakan pengenalan diri sebagai Boy Nazrie di sini, semalam.
Boy Nazrie dipercayai individu yang bertanggungjawab menulis kata-kata berbaur ugutan terhadap Indra Putra selepas perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV Kelantan, Sabtu lalu yang berakhir dengan The Red Warriors (TRW) menewaskan JDT 6-1.
Boy Nazrie, 31, seorang peniaga berkata, dia tidak menyangka status dikongsi dalam FB itu mengundang masalah kepadanya kerana ia hanya dikongsi bersama rakan dikenali dalam laman sosial berkenaan.
Menurutnya, malah status berkenaan yang dikongsi pada malam Sabtu lalu selepas perlawanan kedua-dua pasukan turut diulas enam individu lain.
“Saya mempunyai 200 rakan FB dan sebelum ini tidak pernah menghadapi sebarang masalah.
“Bagaimanapun, saya keliru dengan perbuatan individu tertentu yang menyalin status saya dan meletakkannya di beberapa saluran laman FB menyebabkan ia mendapat perhatian ramai,” katanya.
Katanya, memburukkan keadaan, status berkenaan juga mendapat teguran dalam kalangan penyokong TRW.
“Saya dan isteri yang kini hamil tujuh bulan bimbang isu ini diperbesarkan. Sejak kejadian, saya masih belum menatap FB saya untuk mengetahui perkembangan terkini pelbagai perkara.
“Saya berharap penyokong TRW, Indra Putra selain pengadil perlawanan berkenaan tidak mengambil serius berkaitan status FB saya,” katanya.
Menurutnya, pada Ahad lalu, dia menerima mesej peribadi dalam FB daripada seorang kenalan yang memaklumkan perkara berkenaan.
“Selepas itu, saya sentiasa dalam keadaan tidak tenang hingga tidak mampu bekerja dengan selesa dan bimbang dengan keselamatan diri serta keluarga,” katanya.
Boy Nazrie berkata, dia juga bimbang ada pihak yang tidak memahami keadaan yang dilaluinya ketika ini.
Menurutnya, bagi keselamatan diri, dia sudah membuat laporan di Balai Polis Bandar Putra, Segamat, baru-baru ini.



1 ulasan:

dah klik tabung anda..salam blogging.

Reply