Bayi 10 bulan maut digilis kereta ibunya !


Al-fatihah .. Salam takziah , lagi kes kanak-kanak maut akibat digilis kenderaan keluarga nya sendiri , kes kali ini ke berlaku di Kampung Bukit Besar Kuala Terengganu.

Seorang suri rumah hampir pengsan sejurus menyedari bayinya yang berusia 10 bulan digilis kereta yang dipandunya ketika dia mengundurkan kenderaan itu di kawasan parkir rumahnya di Kampung Bukit Besar di sini, pagi tadi.
Kejadian jam 7.15 pagi itu berlaku ketika Faziah Yusuf, 35, mengundurkan Proton Exora di depan pintu rumah untuk membuat pusingan menuju ke luar bagi menghantar empat anaknya ke sekolah.
Difahamkan, bayi terbabit, Muhammad Faqih Mohd Fitri sebelum itu berada di dalam rumah, tetapi merangkak keluar di depan pintu dan menuju belakang kereta tanpa disedari Faziah yang terus mengundurkan kereta sehingga menggilis anak bongsunya.
Faziah hanya menyedari tragedi itu apabila jirannya mengetuk cermin tingkap kereta dan dia kemudian bergegas keluar untuk melihat keadaan bayi berkenaan.
Mangsa kemudian dikejarkan ke Wad Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, tetapi disahkan meninggal dunia jam 7.30 pagi.