ATM timbang beri insentif jika julang Piala Malaysia 2013 !

Presiden Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin tidak menolak kemungkinan untuk memberikan insentif kepada pasukan itu jika berjaya memenangi Piala Malaysia 2013.
"Insentif itu adalah perkara sampingan. Yang penting kita perlu menang saingan separuh akhir pertama pada 18 Okt ini bersama Kelantan dahulu dan selepas itu baru boleh bincang soal insentif," katanya kepada pemberita di sini. 
ATM atau nama jolokannya 'The Gladiators' mara ke separuh akhir selepas menundukkan Lions XII 4-1 pada 4 Okt lepas untuk menang agregat 5-2 dalam perlawanan suku akhir kedua.