Aidil kecewa dengan prestasi rakan-rakan selepas tewas 1-6 kepada Kelantan !


Kapten Bolasepak Johor Darul Takzim meluahkan rasa kecewa kerana gagal bantu pasukan untuk layak ke separuh Akhir Piala Malaysia 2013.

Aidil melaluai laman facebook nya rasa sedikit kecewa dengan rakan-rakan sepasukan kerana gagal menunjukaan prestasi sebenar pemain-pemain Johor Darul Takzim , tak seperti mana pada pusingan awal yang lalu di Larkin.

Mengakuai mereka gementar dan gugup disebabkan beraksi di gelangang lawan dihadapan puluhan ribu penonton , itu bukan alasan untuk mereka beraksi kurang baik .

Berbekalkan kelebihan 2 gol ke Kota Bharu gagal membantu mereka untuk meloloskan diri ke separuh Akhir Piala Malaysia , dengan ketiadaan penjaga gol utama mereka Al-Hafiz Hamzah sedikit sebanyak merencatkan impian mereka.

Kempen Johor Darul Takzim untuk 2013 telah tamat malam tadi di Kota Bharu , Aidil bakal bersama skuad Kebangsaan selepas ini untuk kempen Kelayakan Piala Asia 2015 dibawah jurulatih Datuk K Rajagobal , Selamat Maju Jaya Aidil.