168 pelatih polis bantuan keracunan makanan -Rendang ayam punca !

Seramai 168 pelatih polis bantuan yang mengikuti latihan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Air Hitam dekat sini keracunan makanan, lewat malam tadi dipercayai selepas menikmati rendang ayam, di pusat tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pendidikan dan Kesihatan negeri, Datuk Shamsulkahar Mohd Deli berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 18 pelatih didapati kritikal dan dikejarkan ke Hospital Jempol manakala bakinya dirawat di pusat tersebut.

"Siasatan awal mendapati ayam tersebut sudah berbau ketika dihidangkan. Pelatih tersebut menikmati masakan tersebut pada tengah hari semalam," jelasnya. 




3 ulasan

next time , klu ayam tu dah berbau , jgn beli or mkn ...

Reply

Menu hari raya..cian dia pun kena skali..

Reply