03 Oktober 2013 secara rasmi nya filem KL Gangster 2 di pawagan seluruh negara !


Hari ini 03 Oktober 2013 , secara rasminya filem KL Gangster 2 di tayangkan seluruh pawagan di Malaysia, filem yang boleh dikatakan terhebat untuk tahun 2013.

Filem arahan Syamsul Yusof ini telah menimbulkan berbagai kontroversi yang mana filem ini telah di sabotaj oleh pihak tertentu dengan memuat naik tanpa kebenaran di laman sosial ketika lagi sebulan tarikh tayangan sebenar.

Namun hari ini filem itu akhir nya memasuki pawagan seperti mana tarikh asal , di harap para peminat dapat bersama-sama ke pawagan menyaksikan  filem ini , walaupun filem ini telah di pratonton percuma dilaman sosial oleh pihak yang tidak bertanggung jawab.


Filem ini adalah sebuah filem yang menakjubkan dengan hasil arahan yang teliti dari Syamsul Yusof di barisi oleh pelakon-pelakon popular seperti Aaron Aziz,Zizan Razak , Adi putra dan ramai lagi , pasti para peminat berpuas hati seandainya menonton filem ini Live di Pawagan.

Sama- sama kita membantu industri filem Negara yang semakin tenat dengan kes cetak rompak ,serta kecanggihan teknologi yang ada sekarang dalam merompak hasil kerja orang lain.