Video iklan Merdeka bernilai RM450,000 ?



Pada 27 Ogos lalu, Ahmad Idham menerusi Twitter miliknya mempersoalkan langkah Finas melaburkan RM450 ribu untuk menghasilkan treler berjudul Tanah Tumpahnya Darahku sempena hari kemerdekaan untuk ditayangkan di pawagam yang panjangnya hanya 2 minit 40 saat.

Pengarah dan pelakon Afdlin Shauki bersedia memberi kerjasama terhadap mana-mana pihak yang masih tidak berpuas hati dengan isu penerimaan projek iklan pendek hari kemerdekaan terbitan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang mencecah RM450 ribu.

Beritahu Afdlin, walaupun dimata kasar orang ramai melihat jumlah RM450 ribu terlalu besar nilainya untuk penghasilan iklan, namun sebenarnya, kos yang disediakan tidak cukup kerana ia telah melebihi kos jangkaan. - Sumber