TV3 Penyiar Rasmi Piala Sultan Selangor 2013 !


Shah Alam: Piala Sultan Selangor 2013 iaitu edisi ke-12 secara rasmi akan berlangsung pada 28 September depan dengan gelanggangnya kekal di Stadium Shah Alam memandangkan Stadium Nasional baru di Singapura masih belum siap.



Ini kali keempat berturut-turut perlawanan tahunan menemukan dua musuh tradisi, Selangor dan Singapura itu diadakan di Shah Alam selepas kali terakhir ia dilangsungkan di Singapura pada 2009 iaitu di Stadium Jalan Besar. 


Tv3 di pilih sebagai penyiar rasmi untuk edisi ke 12 Piala Sultan Selangor 2013 , pagi tadi telah di ada kan sesi pelancaran Tv3 sebagai penyiar rasmi , yang mana Siaran Langsung acara tersebut pada 28 september ini akan di siarkan secara Langsung melaluai Tv3 . - Online