Thamil Arasu kotakan janji ledak gol bantu kemenangan Harimau Muda menewaskan Singapura dalam Pesta Bola Merdeka 2013 !

Pemain dan peminat meraikan gol jaringan Thamil Arasu
Penyerang sensasi Harimau Muda Thamil Arasu berjanji  untuk meledakan gol dalam setip perlawanan yang yang disertainya jika diberi peluang untuk beraksi dalam Pesta Bola Merdeka 2013, dalam temubual sebelum bermula nya Pesta Bola Merdeka beliau berkata .

"Saya tidak mempunyai pilihan lain selain menjadikan ketajaman didepan gol sebagai senjata ampuh untuk memikat ketua jurulatih Ong Kim Swee bagi mencerahkan peluang untuk beraksi dalam Pesta Bola Merdeka edesi kali ini , saya juga terpaksa bersaing dengan rakan penyerang yang hebat seperti Mohd Rozaimi Abdul Rahman  , Syahrul Azwari dan Ferris Daniel "

Selepas beberapa siri kecederaan Thamil Arasu yakin memberi aksi yang terbaik untuk seluruh rakyat Malaysia

Namun dalam perlawanan semalam Thamil nyata mengotakan janji nya dan membalas kepercayan Jurulatih Harimau Muda Ong Kim Swee  yang mana beliau meledakan gol tunggal Harimau Muda untuk kemenangan 1-0 keatas Singapura dalam pembukaan Pesta Bola Merdeka 2013 .

Sedikit Profail tentang penyerang Sensai ini :-

Nama : Thamil Arasu Ambumamee

Tarikh Lahir : 4 Julay 1991 ( umur 22 tahun )

Tinggi : 1.76 meter

Posisi : Penyerang

Kelab : Harimau Muda A

Selamat berjaya untuk Penyerang sensasi ini untuk perlawanan  akan datang seterusnya mengharumkan nama Malaysia dan Harimau Muda  - Sumber Utusan , Stadium Astro .