Terkini : Kelantan turun tanpa dua tonggak utama menentang Pahang ?


Berita terbaru di terima Kelantan tidak dapat menurunkan dua tongak utama pasukan iaitu ketua pasukan Mohd Badri Radzi , dan penjaga gol utama Khairul Fahmi Che Mat kerana mengalami masalah kecergasan.

Mengikut sumber yang disahkan Shakir Shaari akan di tugas kan sebagai Kapten menggantikan Badri Radzi, manakala Mohd Syazwan akan menggalas sebagai penjaga gol utama menggantikan Khairul Fahmi Che Mat.

Perlawanan malam ini adalah perlawanan penentu untuk Kelantan bagi memastikan layak ke suku akhir Piala Malaysia , dengan perkhabar ini ia merupakan tamparan hebat kepada Kelantan untuk meneruskan misi ke suku akhir Piala Malaysia .

Namun ini hanyalah perkhabaran diharap Badri dan Fahmi dapat beraksi untuk malam ini bagi memantapkan The Red Warriors , jika sebelum ini semasa melawan Terangganu Dikson juga dikhabarkan tidak dapat diturun semasa perlawanan tersebut namun semasa perlawanan sebenar Dikson turun seterus nya memberi semangat untuk pasukan dengan meghadiahkan kemenangan dengan 3 gol berbalas 1 terhadap Terangganu .

Apa - apa pun perkhabaran di harap The Red Warriors memberi persembahan yang terbaik dan seterusnya Kelantan layak ke suku akhir Piala Malaysia 2013 , Gomo Kelate Gomo .