Terkini dari Kota Bharu , Perlawanan hidup mati TRW malam ini !


Malam ini adalah perlawanan hidup mati Juara Piala Malaysia 2012 , Kelantan untuk mencerahkan peluang ke suku akhir Piala Malaysia 2013.
Amanat Norfarhan - Player TRW
Pada perlawnan malam ini Kelantan akan turun menentang Pahang di gelangang sendiri di Kota Bharu , Kelantan dan Pahang kini terikat dengan mata yang sama namun kelebihan Pahang melaluai jaringan .

Negeri Sembilan juga mengintai peluang untuk layak ke suku akhir dengan syarat mereka berjaya menewaskan Terangganu malam ini .

Jika salah satu pasukan akan menang malam ni antara Kelantan dan Pahang mereka layak ke suku Akhir namun jika Negeri sembilan kalah secara automatik Kelantan dan Pahang akan layak  walaupun ada di antara pasukan yang kalah malam ini.

Jika Negeri sembilan menang , mereka akan iringi sama ada Kelantan atau Pahang ke suku akhir Piala Malaysia 2013

Kaunter tiket di buka seawal pagi , rata-rata peminat datang untuk membeli tiket untuk perlawanan malam ini yang di ibarat perlawanan hidup mati pasukan kesayangan mereka , dikhabrkan juga penyokong Pahang akan datang ke Kota Bharu dengan rombongan bas oleh kelab peminat bolasepak mereka.


Tiket pastinya akan menjadi rebutan , pasti akan laris seperti goreng pisang panas , selamat berjuang untuk kedua-dua pasukan .

Selamat berjuang TRW dan Tok Gajah main berhabis-habisan kalah menang adat bertanding , main dengan penuh semangat kesukanan .