Teksi Exora 1 Malaysia !


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah melancarkan Teksi 1Malaysia di Proton’s Centre of Excellence. Seperti yang pernah didedahkan sebelum ini, teksi 1Malaysia adalah Proton Exora MPV dengan sistem NGV. Tangki NGV terletak di dalam kereta, di belakang kerusi barisan kedua.

Exora ini diubahsuai bertujuan untuk menjadi teksi bajet lima tempat duduk (dengan tambang bermula RM3, berbanding dengan jenis eksekutif) barisan ketiga kerusi telah dikeluarkan untuk dijadikan ruang but yang besar, yang boleh memuatkan sehingga beberapa beg troli yang besar. 

Terdapat beberapa variasi, versi enjin petrol gear manual atau automatik atau yang dilengkapi NGV, teksi 1Malaysia datang dengan dua beg udara, ABS, EBD, kerusi kulit dan aksesori teksi khas seperti meter teksi dan pembaca kad kredit/debit. Oleh yang demikian, anda kini boleh membayar tambang teksi secara elektronik.

Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar menjelaskan bahawa harga teksi adalah sekitar RM64000, harga sebelum geran Kerajaan RM5000 dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan 1Malaysia (1MDB). Teksi 1Malaysia adalah untuk pemandu individu, yang boleh mendapatkan pinjaman khas daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga sembilan tahun. 

Kos setiap hari adalah sekitar RM28.50 untuk pemandu, dibayar setiap bulan seperti pinjaman biasa. Penghantaran 1000 unit Proton Exora teksi 1Malaysia NGV akan bermula pada tahun ini. - Online