Syawal 1434H bakal pergi meninggalkan kita !


Hari ini 06 sept 2013 bersamaan 30 syawal 1434H .. hari ini adalah hari terakhir di bulan syawal untuk tahun 1434H ,dengan syawal yang bakal pergi meninggalkan kita maka berakhir lah hari keraikan kita yang mana banyak majlis diadakan sebagai tanda meraikan hari kemenangan berpuasa selama sebulan di bulan ramadhan.

Berbagai majlis diadakan meraikan tetamu saudara mara ,sehabat handai serta rakan taulan , dibulan syawal kita juga digalakan berpuasa sunat selama enam hari yang mana kita akan mendapat ganjaran yang belipat kali ganda .

Kelebihan bulan Syawal :-

1.Masa yang lebih afdal untuk kelurkan zakat fitrah

2.Puasa sunat Syawal  ( Puasa 6 )

3.Ziarah menziarahi

4.Bertakbir , bertahmid ,bertasbih .

Semoga kita dapat berjumpa lagi dibulan Syawal akan datang dan juga semoga syawal akan datang akan lebih baik untuk diri kita .. In Shaa Allah .


1 ulasan:

Selamat hari raya maaf zahir batin :)

Reply