Skuad Harimau Muda ke Indonesia untuk Piala Menpora !


Harimau Muda A tidak akan berehat lama susulan kejayaan dalam Pestabola Merdeka 2013.

Selepas ini tumpuan skuad kendalian Ong Kim Swee bakal teralih kepada Piala Menpora di Indonesia dan dijadualkan berlepas ke Bandung pada 18 September nanti.

Kejohanan ini bakal berlangsung pada 20 hingga 28 September ini dengan barisan Malaysia Bawah 23 (B-23) Tahun diundi dalam kumpulan A bersama-sama Persib Bandung, Centrak Coast Mariners (Australia) dan Sriwijaya FC.

Beliau bercadang menggunakan kejohanan ini sebagai platform pendedahan kepada pemain Harimau Muda A yang kurang beraksi selepas pemain kelab akan meneruskan komitmen mereka dalam Liga Malaysia (Liga M) sementara Wan Zack Haikal Wan Nor dan Nazirul Naim pula dijangka pulang menyertai FC Ryukyu di Jepun

"Kita perlu meningkatkan bahagian yang tertentu. Saya harap pemain kelab akan melaporkan dalam keadaan cergas dan tiada kecederaan agar saya dapat merancang apa yang kami boleh lakukan dengan kapasiti yang ada," jelasnya.