Sepasang kekasih maut di gilis treler 28 tayar !



MUAR 17 Sept. - Sepasang kekasih yang merancang untuk bertunang hujung tahun ini maut dalam satu kemalangan ngeri apabila digilis treler 28 tayar di Kampung Parit Buah Keras 2, Jalan Temenggong Ahmad, di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 11.05 malam itu, tubuh mangsa, Mohd. Azamudin Ahmad, 18, dari Parit Limbung dan teman wanitanya, Wan Hs Norfatihah Wan Pauzi, 16, dari Parit Bakar, berkecai dan tempurung kepala pecah diseret sejauh kira-kira 40 meter. - Online