Sek Men Bandar Sri Putra buat solat jenazah ghaib untuk Arwah pelumba motosikal negara !


Murid-murid dan guru-guru serta ibu bapa (PIBG ) Sekolah Menengah Bandar Sri Putra telah mengadakan Solat jenazah ghaib utuk arwah adik Muhammad Izzat yang merupakan murid tingkatan 5 Sekolah Menengah Bandar Sri Putra .

Arwah yang meninggal semalam di Hospital Kuala Lumpur setelah seminggu berada didalam keadaan tidak sedarkan diri akibat kemalangan di Litar Sepang dalam satu acara pelumbaan sabtu lalu , jenazah izzat selamat di semadikan pagi tadi , sebagai tanda ingatan pada arwah pihak Sekolah dan ibu bapa serta murid-murid adakan Solat Jenazah ghaib untuk arwah .

Dalam kemalangan itu arwah izzat terbabas lalu melanggar marshal litar tersebut yang menyebabkan marshal tersebut terbunuh, semoga roh arwah izzat di cucuri rahmat ditempatkan bersama insan-insan yang di redai Allah , sesungguh nya murid-murid dan guru-guru SMKBSP merinduai izzat .


Dalam majlis tadi juga pihak sekolah telah mengadakan majlis bacaan yassin dan Solat Hajat untuk murid-murid yang akan mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bermual 02 okt nanti , begitu juga untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM ) yang sepatutnya di sertai juga oleh adik arwah Muhammad Izzat namun Allah lebih menyanginya.

Pada adik-adik di Sekolah Menengah Bandar Seri Putra di ucapkan selamat berjaya untuk anda semua dalam dua peperiksaan besar  tersebut demi Sekolah dan guru-guru anda .