Sarapan pagi roti dicicah dengan gulai daging ?


Sarapan pagi adalah aktiviti yang paling penting dalam hidup seseorang bagi permulaan hari selepas bangun dari tidur atau sebelum memulakan sesuatu aktiviti harian .

Bersarapan pagi akan memberi tenaga untuk individu tersebut memulakan aktiviti harian supaya diri tidak diganggu kelesuan apa bila melakukan sesuatu aktiviti.

Perkara yang membezakan setiap individu tentang sarapan pagi mereka adalah jenis makanan yang dimakan oleh mereka di waktu sarapan pagi , ada yang mengemari nasi lemak , mee goreng makanan yang di anggap sarapan pagi yang sangat berat , ada pula lebih suka hanya memerlukan minuman untuk sarapan pagi mereka.

Bagi saya , saya lebih suka sentiasa menukar menu sarapan pagi hampir setaip hari ini dapat mengelakan kita rasa jemu dengan menu sarapan kita .

Menu Saya hari ini :-

Gulai daging (menggunakan rempah cap orang terbang yang dibeli khas dari Kelantan ) , gulai dia agak simple yang mana untuk lemak saya lebih menggunakan santan cair segera dan sedikit ubi kentang di campur dan di masak jadi lah gulai daging.

Gulai dah siap bro jadikan roti sebagai sarapn dengan mencicah gulai tersebut , sangat menarik untuk sarapan pagi .

Kebiasaan orang lebih gemar menggunakan planta , kaya , jem dan nutella sebagai sapuan pada roti , apa kata untuk kali ini cuba cicah ROTI dengan GULAI DAGING , mungkin anda dapat kelaian dalam sarapan pagi anda.


2 ulasan

Rempah dari klate memang sedap..

Reply

Sedapnyo, rempah cap orang terbang ni meme terbaik.

Reply