Sarapan pagi dengan suasana kampung dibandar !

Bersarapan adalah rutin bagi setiap orang di setiap pagi , tak kiralah apa yang mereka makan untuk sarapan pagi mereka , ada yang lebih gemar bersarapan dirumah dan ada pula gemar disarapan di luar.

Namun tempat sarapan juga  adalah penting bagi menaik kan mood untuk bersarapan , bro lebih suka tempat makan yang biasa-biasa sahaja  untuk bersarapan .

Kat sini bro nak kongi satu tempat makan yang biasa-biasa sahaja untuk bersarapan namun sentiasa ramai pengunjung kedai itu adalah Restoren Sri Nangka yang terletak di Teras Jernang Bangi Selangor.


Satu kelebihan untuk bersarapan di sini adalah suasana kampung yang terdapat di sini yang membawa kita teringat kenangan di kampung walaupun di sini dah masuk dalam kategori bandar besar .

Menu yang paling popular di sini adalah roti canai garing , memang sedap harganya sekeping jika di minum dengan teh tarik adalah Rm2 sahaja .


Ramai pelanggan mengunjungi restoren ini seawal jam 6.30 pagi lagi untuk bersarapan , tiga orang di tugaskan untuk menebar roti canai bagi memenuhai permintaan pelanggan .

Jadi untuk kelainan suasana sarapan pagi anda boleh lah ke Restoren Sri Nangka di Teras jerang ni bagi mereka-mereka yang tinggal berdekatan bangi , kajang .