Samsung Galaxy Note 3 di lancar kan !

BERLIN: Samsung Galaxy Note 3 menjadi tarikan utama di majlis pelancaran produk terbaru daripada Samsung yang berlangsung di Berlin malam Rabu.

Dianggarkan seramai hampir tiga ribu orang tetamu hadir di majlis pelancaran tersebut yang terdiri daripada rakan media dan rakan niaga Samsung.

Majlis gilang gemilang ini berlangsung di Tempodrom, Berlin sehari sebelum Expo Ifa 2013 (expo barangan elektronik pengguna) yang berlangsung bermula Khamis.

Gajet yang telah menjadi bualan di laman sosial beberapa bulan yang lalu mempunyai rekabentuk yang lebih artistik. Galaxy Note 3 mempunyai rekaan badan bahagian belakang diperbuat daripada bahan seakan kulit berbeza dengan rekaan Samsung sebelum ini yang menggunakan plastik polikarbonat.

Rekabentuk nipis serta lebih ringan, Galaxy Note 3 memiliki skrin paparan HD penuh bersaiz 5.7 inci jenis Super Amoled.

Galaxy Note 3 hadir dengan dua versi pemproses iaitu versi 3g Exynos 5 Octa dan versi lte. Antara lain ia juga menawarkan spesifikasi yang di pertingkatkan seperti penambahan Ram 3Gb dan kamera belakang beresolusi 13 megapiksel.

Didatangkan khas dengan tiga warna utama iaitu hitam, putih dan merah jambu, Galaxy Note 3 juga memiliki S Pen yang telah dikemaskini selain menawarkan fungsi ‘air command’ palet yang mempunyai lima fungsi utama seperti Memo, Scrapbook, Screen Write, S Finder dan Pen Window.

Antara lain, Samsung turut memperkenalkan jam tangan pintar iaitu Galaxy Gear. Jam tangan berbentuk empat segi ini mempunyai skrin sesentuh, kamera pada bahagian tali jam dan butang kuasa pada bahagian kanan.

Jam tangan berukuran 1.63 inci dengan resolusi 320 x 320 ini dilengkapi dengan pemproses 800 Mhz, Ram 512 Mb dan memori dalaman 4 Gb.

Turut memiliki aplikasi kamera 1.9 Mp dan pembesar suara mini pada bahagian tali, jam tangan ini beroperasi menggunakan sistem Android 4.3 Jelly Bean.

Didatangkan dengan enam pilihan warna, Samsung meramalkan Galaxy Gear bakal menjadi ‘ikon fesyen terbaru di dunia’.

Jam tangan ini turut digelar ‘pasangan’ kepada Galaxy Note 3 kerana ia boleh berhubung menggunakan alat Bluetooth diantara produk tersebut.

Galaxy Note 3 dan Galaxy Gear dijangka berada di pasaran 140 buah negara seluruh dunia seawal 25 September ini. - Sumber Astro Awani