Saiful Apex bebas dari tuduhan ambil dadah !


PETALING JAYA 30 SEPT : - Pelawak dan pelakon popular Saiful Apek dan tiga lagi pekerjanya dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memasukkan kanabis ke dalam badan, tiga tahun lalu.

Majistret Ahmad Solihin Abd. Wahid membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah.

Saiful Apek atau Mohd. Saifulazam Mohamed Yusoff bersama Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28; Shaiful Baharom, 24, dan Noremy Mohamad, 28, didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pukul 11 malam, 12 Jun 2010.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000.




1 ulasan:

syukur...dah kilik tabung anda.

Reply