RM150 bayaran setiap saman AES , kompaun akan meningkat jika tangguhkan bayaran !


PUTRAJAYA: Kompaun saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan bermula dari RM150 berkuatkuasa serta merta, kata pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata kadar itu akan meningkat sedikit demi sedikit sehingga maksimum RM300.
"Ia sama dengan kaedah yang digunakan oleh polis.
"Semakin lama anda menangguhkan untuk membayar kompaun itu, lebih banyak yang perlu dibayar," katanya kepad pemberita di sini Rabu.
Bagi saman yang sudah dikeluarkan, Hishammuddin berkata lebih banyak perbincangan mengenai perkara itu perlu dilakukan.
"Tindakan undang-undang ke atas pesalah masih ditangguhkan," katanya dalam sidang media hari ini - Online