Ramai yang bernikah di Thailand !


Mengikut laporan lebih 1000 rakyat Malaysia telah bernikah di Thailand setiap bulan , ini disebabkan oleh perkara-perkara tertentu yang meyebabkan ramai yang telah berkhawin disana .

Puncanya  nikahnya di Thailand ?


  1. Pasangan tidak perlu membawa wali. 

  2. Tidak perlu sijil kebenaran berkahwin daripada Jabatan Agama Islam, sijil kursus kahwin, sijil mengenai status kesihatan sama ada bebas HIV atau AIDS dan wang hantaran. 


  3. Jalan penyelesaian untuk hubungan mereka yang mendapat tentangan keluarga. 

  4. Nak jimat perbelanjaan kahwin di Malaysia (hantaran kebiasaannya RM8000++, jamuan, cenderahati, barang-barang hantaran (tunang+nikah), pakej persalinan dan pelamin, mak andam, photographer, pakej khemah.

  5. Tambah pula keluarga nak buat ikut adat daripada merisik – tunang – berinai – nikah – sanding – menyambut menantu, sampaikan ada pasangan yang tangguh kahwin 2-3 tahun sebab nak kumpul duit. Yang ada duit tiada masalah. Yang tak mampu? Berhutang?
Di dapati berbagai package menarik telah di uruskan oleh orang tengah dalam menyempurnakan hasrat mereka.

Antaranya pengangkutan disediakan untuk pergi dan balik dari sempadan Malaysia di Bukit Kayu Hitam ke Songkla Thailand untuk pasangan dan dua orang pengiring .

Semua ini diuruskan oleh Majlis Agama Islam Songkla dan lain-lain package menarik , mungkin ini lah sebab kenapa ramai memilih untuk berkhawin di Thailand .

Namun bagi memudah kan segala urusan di masa akan datang  lebih elok kiranya memilah untuk berkhawin di negara sendiri . - Online


1 ulasan:

dah nk kawin sgt. nk buat mcm mana.

Reply