Prestasi Penyerang Sensasi negara "Mat Yo " agak hambar sepanjang 2013 ?


Prestasi penyerang sensasi negara Nor Shahrul Idlan Talaha boleh di katakan agak hambar sepanjang tahun 2013, di kala arena bolasepak Malaysia sudah hampir sampai di penghujung , Piala Malaysia sudah masuk peringkat suku akhir , tak lama lagi akan melabuhkan tirainya .

Prestasi Mat Yo  agak merundum dalam arena bolasepak tempatan dan juga dalam skuad Harimau Malaya walaupun banyak perlawanan yang disertainya namun dia masih gagal  untuk menunjukan prestasi yang menakjubkan serta gagal untuk menjaringkan gol.


Sebagai pemain yang paling bernilai di Malaysia , kejatuhan prestasi nya agak meresahkan peminat-peminat bola sepak di Malaysia , beliau juga agak hambar dalam pasukan yang disertainya iaitu Johor Darul Takzim.

Mat Yo lebih menonjol bersama Kelantan pada tahun 2012 , yang mana pada masa itu sumbangan nya pada pasukan Kelantan amat menakjubkan apabila dia membantu Kelantan menjuarai Treeble pada tahun 2012.


Apa yang menyebakan prestasi Mat Yo merudum tidak dapat di pastikan mungkin kurang keserasian atau pun kurang bantuan rakan-rakan sepasukan untuk dia menjaringkan gol .

Pada 28 sepetember 2013 nanti Mat Yo sekali lagi akan berhadapan dengan pasukan lamanya Kelantan untuk suku Akhir Piala Malaysia , mampu kah Mat Yo membantu pasukan baru nya JDT untuk menewaskan Kelantan dalam perlawanan tersebut bagi membuktikan prestasi nya masih terbaik walaupun dikatakan sedikit hambar .

Apa-apa pun untuk Mat Yo selamat maju jaya , begitu lah prestasi tidak akan kekal untuk satu-satu masa , ramai juga pemain-pemain lain turut mengalami masalah yang sama seperti Mat Yo .




1 ulasan:

prestasi bini mat yo lebih menyerlah

Reply