Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) gantung pemain dan pegawai serta-merta ?


Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) menggantung kesemua pegawai skuad Liga Super 2013 termasuk ketua jurulatih selama dua minggu berkuatkuasa hari ini berikutan wujud elemen sabotaj dan rasuah dalam kempen Piala Malaysia.
Keputusan drastik itu diumumkan Timbalan Presiden merangkap Pengurus Pasukan, Khairul Azwan Harun selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Darurat dan Pengurusan di pejabat PAFA sebentar tadi.
Beliau berkata, laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga akan dibuat berhubung perkara itu.
Katanya, satu jawatankuasa khas diketuai Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAFA, Datuk Ismail Sapian diberi tempoh dua minggu utk membuat siasatan dalaman wujudnya unsur sabotaj dan rasuah dalam pasukan itu.
“Kita mengesyaki elemen sabotaj dan rasuah ini wujud sejak tiga atau empat perlawanan lalu dan kemuncaknya kekalahan teruk 1-6 ditangan Sarawak Sabtu lalu,” katanya.
Beliau berkata, kesemua pegawai dan pemain dilarang meninggalkan Ipoh sepanjang tempoh dua minggu. - Sumber Peraknews