PERISAI , Antivirus internet berlandaskan sistem syariah !

Perisai Anti Virus
Dikenali sebagai Perisai, perisian yang digunakan untuk keselamatan internet ini adalah buah fikiran tiga usahawan muda Melayu iaitu Ketua Pegawai Eksekutif 1Machine, Abbyamir Sapie; Ketua Pegawai Operasi 1Machine, Shaifulizan Othman dan Pengarah Perniagaan Antarabangsa 1Machine, Mohd Juani Affendi Ibraham.

Idea menghasilkan produk teknologi itu datang selepas mereka menyedari masih tiada syarikat tempatan yang menawarkan produk perisian keselamatan internet kepada pengguna, jadi 1Machine diasaskan pada 2010 bagi merealisasikan impian itu.

Pada 2011, 1Machine mula mengkomersialkan Perisai kepada umum dengan mengutamakan konsep perniagaan kepada perniagaan (B2B) melalui pengedar.

Kini, syarikat itu menawarkan perkhidmatan seperti Perisai  Antivirus, Perisai Anti Spyware, Perisai Anti Spam, Perisai Parental Control, Perisai Firewall dan Perisai Mobile Security.


1 ulasan:

Anonymous mod

perisian tak wujud..

Reply