Nissan Grand Livina Baru Jimat Minyak !

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd memperkenalkan kenderaan pelbagai guna MPV Nissan Grand Livina baru yang di cipta untuk penjimatan minyak.

Model Nissan Grand Livina ini menggunakan enjin HR16DE atau MR18DE yang terbukti menjimatkan minyak.

Enjin empat silinder aluminium sepenuhnya ini dilengkapi teknologi yang menawarkan prestasi lancar dan jimat minyak.

Stereng kuasa elektrik memudahkan aspek pengendalian serta mengurangkan penggunaan minyak , mengikut Edaran Tan Chong Motor mereka sasarkan 2500 unit menjelang akhir tahun ini.